Wednesday, December 31, 2008

Taman Tamadun Islam

Taman Tamadun Islam
Satu taman atau satu pembaziran ? anda fikirlah sendiri.
Cantik tu....emmm memang cantik. mcm berada d timur tengah. tapi berjuta-juta ringgit dihabiskan
untuk taman ini, sedangkan keadaan Negeri berada pada tangga kedua kemiskinan sebelum Sabah.

Masjid Kristal, Masuk Percuma... Nak masuk ke monumen lai kena bayar RM 10 Dewasa dan RM 5 kanak2

Bahagian dalam masjid kristal

Kudus Minar, Indonesia dibina pada 1549

Masjid Pattani, Thailand. Dibina pada 1954
Masjid Sultan Omar Ali Saifuddin, Brunei Darulsalam, dibina pada 1958
Masjid Negara Malaysia, dibina pada 1965
Masjid Xian, China dibina pada 1392 oleh Laksamana Cheng Ho pada zaman dinasti Tang
Kubbah As-Sakhrah, Jerusalem dibina pada 692 Masihi dibawah naungan Khalifah Umayyah
Abdul Malik Bin Marwan

Bahagian Dalamnya yang keemasan memperlihatkan batu suci diatas gunung Moriah
yang mempringati Perjalanan Isra' dan mi'raj Rasulullah
Taj Mahal, Agra India....yang dibina Maharaja Shah Jahan sebagai lambang cintab sejati
kepada isterinya Mumtaz Mahal
Semoga Cinta Taj Mahal terlekat pada hati kami sekeluarga....
Badshani Mosque, Lahore Pakistan yang dibina pada Zaman Aurangzeb tahun 1673 m
yang boleh memuatkan 65000 jemaah
Masjid Syeikh Lutfallah, Iran yang dibina pada abad ke-17
Abu Nasr Pasra, Afghanistan yang dibina pada abad ke-17
Masjid Nabawi, Madina Al-Munawwarah
Great Mosque of Qairawan, Tunisia. Dibina pada 670 M
Masjid Suleyman, Turkey yang dibina pada 1557.
Mosque of Mohamed Ali, Egypt
Aleppo Citadel, Syria yang dibina pada abad ke-10 M diatas sebuah bukit di Syria.
kota ini membuktikan kecanggihan teknologi ummat Islam pada masa tersebut

Friday, December 19, 2008

TanJuNg Aru Bersama MakCu







Sunday, November 23, 2008

Selamat Hari Lahir HaIqal Dan Balqis

Secara kebetulan, tarikh Lahir anakku yang sulong MUHAMMAD HAIQAL AIMAN
dan BALQIS anak adikku hafizi adalah sama iaitu pada 22.11
Jadi kami suami isteri beli la kek untuk diaorang ni. Bukan ape, budak2 ni nak juga diingati
tarikh lahir mereka, bagi hadiah baru la ada semangat sikit.

lagi pun budak-budak ni kalau tak kerana birhday pun selalu juga minta beli kek...

Sekadar bergambar je....

Aku dan dua putera kesayangan dan harapan...

PG dan Balqis

Ku temui satu lagi koleksi

Semasa perjalan pulang ke kampung, di KLIA aku ternampak kelibat volkswagen biru ini.
Dalam hatiku, " wau lama doh aku cari repklika kete goni". Tak pela. tak lari gunung di kejar.
Selepas selesai menunaikan solat, kira2 ada dalam 3 jam lagi sebelum menaiki flight ke KT. aku
pun berkunjung ke kaunter Mercedes tu untuk bertanyakan harga benda ni.
alamak terkejut harganya RM 192.00.

aku minta kurang tapi hanya dapat 10 % je. Jadi RM 172.80. Lama fikir dan
minta pendapat isteri, aku pun beli juga la kete ni untuk menambah koleksi. Dalam banyak2
kereta ferrari, diablo, merc dan porcshe...kete ni juga aku beli


Tuesday, November 18, 2008

UstaZzAiriE StuDiO

Ni studio sementara hujung tahun, komputer rumah rosak. jadi laptop la yang jadi sasarabn sementara
Hard Disk kat rumah dah penuh...Lebih 200GB pun tak cukup untuk muat barang. itu pun
dah pindah jadi DVD doh tu....

Kami hanya pakai broadband DiGi je. Tak la laju sangat. Bole la....
Tapi kadang2 geram juga. selalu putus.... Tahun depan la daftar streamyx

Kerja ni memang seronok. tapi tak ada masa la. kadang2 sampai seminggu tak buka blog. tak sempat

Speaker tu baru power. Alang2 beli Altec Lancing, bagus pakai yang ni.
Terdesak nak pakai untuk majlis ceramah pun boleh. Murah lagi....


KoLeKsi & SuMbER InsPiRAsI

Minat adalah suatu perasaan yang memang ada secara fitrah dalam diri seseorang.
Ianya sukar dibuat-buat atau di ada-adakan. Minat manusia bermacam2. Ni Nak cerita minat ana.
Minat terhadap dunia permotoran memang sejak dari kecil lagi. Di sebabkan keluarga ana bukannya orang senang, minat ini terbatas. Ana suka lukis motor, kereta, kemudian warna....

Walaupun masih belum mampu untuk memiliki motosikal sebenar, ana simpan koleksi ni.
model CBR 929R, (Harga motosikal sebenar RM 69,000) Replika RM 130

Model-model ferari daripada Shell, Isi minyak dan beli je kat stesyen shell tu.
Baru2 ni model kereta james bond. Semua sudah ana miliki.

Ni pula Combi. ana beli kat stesyen petronas kuala Terengganu tahun lalu

Anak2 memahami juga apa yang abah sayang. Diaorang ni tak kacau kalau bukan mainan untuk diaorang

Ini pula model CBR 1000, replika RM 50

Koleksi ana mulai 2001

sumber inspirasi....
Replika RM 120
RM 120
















RM 120









Kereta ni merupakan hadiah dari perodua....