Friday, October 31, 2008

SEPILOK RDC (RainForest Discovery Centre)

Sepilok RDC terletak kira-kira 25 km dari bandar sandakan. Kalau dari wisma persekutuan tu hanya 15 km je.
Anda boleh pergi dengan Bas, moto, kereta dan basikal ke sana. Mat Saleh sewa basikal je. Terletak kat sebelah tempat pemulihan Orang Utan. Masuk RM 1, nak main bot RM 5, naik menara RM 5. Kami masuk percuma je....
Tempat rekreasi yang menenangkan fikiran....
letih juga kayuh bot ni.....lagi-lagi kalau satu pusingan tasik ni.

pemandangan yang cantik dan bersih....

kayuh la bot tu....nak rilek je ke...

bagus juga datang kat sini...keluar peluh jg. yang letihnya budak ni tak sampai nak kayuh.

Menu Hari ini WESTERN FOOD

Bakar ayam tu.....jangan sampai hangus sudah...

bestnya bau...belum lagi makan ni
tak pernah lagi orang lain BBQ kat sini. Kami orang pertama dan mungkin selamanya.
Sebab kenal BOSS la boleh begini.
Jangan banyak sangat makan tu....nanti kolesterol naik.

Nampak macam berselera benorrrr...

aduih......jaga sikit badan tu...

salad

Zoom dari puncak menara 1

Menara 1

Dari puncak menara 1..tu dia tempat kami makan2 tadi

Dari puncak menara 1 ke menara 2

Ni dia geng pompuan yang ikut. Ada yang merangkak naik jambatan gantung....gayat mungkin

atas jejantas menara RDC kira-kira 15 meter dari bawah, mcm dok atas pokok la rasanya....
budak2 ni dok berlari je atas ni. Keselamatan terjamin. Semua berpagar, Dia punya struktur
binaan pun memang kukuh.
semuanya ada 5 menara yang akan mengelilingi sebahagian hutan ni. Jejantas antara menara pula dalam 500 hingga 600 meter. Tak tahu la berapa juta projek, lupa nak tanya boss dia hari tu..

Ni ana ambil dari atas jejantas...
ini pula ana ambil ketika berada di puncak menara 1,
Ana fokuskan ke kedudukan jejantas fasa 2 di menara 2
Ada ke pokok sebesar ni...ada la tu kat hutan ni...
dia punya diameter macam sebesar ruang tamu. Entah ada rumah orang kerdil mungkin dalam sana

Jambatan Gantung yang merentasi tasik buatan

Tingginya.....jangan pandang bawah !

Ana ambil dari puncak menara 1

Saturday, October 18, 2008

volkswagen 1300

013-9849284 & 019-5329376










Sunday, October 12, 2008

1 Borneo, Kota Kinabalu

kat belakang tu bangunan Tun Mustapha
Depan 1 bORNEO...


UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
ni kat depan 1 Borneo, cantik gak kat sini. Macam satu kelainan bandarnya. Ala-ala putrajaya sikit...

Bangunan merah tu TUNE HOTEL.COM, yang air asia punya tu...
berdepan dengan 1 Borneo pula Alamesra yang sedang dalam pembikinan....
ni kat Taipan Cafe, Tang Dynasty. Ok gak makanannya, murah juga la...RM 13 breakfast

lunch RM 25 dan dinner RM38, alang2 bercuti...
ni kat depan 1 Borneo...
Pintu masuk 1 Borneo, aku tengok macam Mid Valley Mega Mall kat KL. Dalamnya, suasana susun atur kedai dan tangga. Lebih kurang je. Tapi kedai kat sini mcm untuk golongan elit dan mewah. Kalau kita orang biasa kat CP pun dah cukup. Kedai2 kat sini semua berjenama seperti Rolex House, Habib Jewel dan lain2.

Kat dalam 1 Borneo ni banyak Restaurant yang berprestij, Penang Village, Sushi House dan lain2 yang bercorakkan Cafe2 hotel. Mahal juga kot....
Tu dia kat pintu masuk 1 Borneo...



Saturday, October 11, 2008

KINABALU dari Tang Dynasty