Saturday, November 7, 2009

Kanang-Kanangan....SaBaH Bha...

Tingkatan 6 Atas 2 ( kelas aku la nie)

6 Rendah 2 & 3 ( Budak2 sejarah)

6 Rendah 2 dan 3
Budak sejarah lagi....
Tingkatan 5 Sains 1 dan 3

Monday, October 26, 2009

NaSyiD MinGGu iNi




Antara Dua Cinta

Apa yang ada jarang disyukuri
Apa yang tiada sering dirisaukan
Nikmat yang dikecap barukan terasa
Bila hilang……………

Apa yang diburu timbul rasa jemu
Bila sudah didalam genggaman

Dunia ibarat air laut
Diminum hanya menambah haus
Nafsu bagaikan fatamorgana
Dipadang pasir
Panas yang membahang disangka air
Dunia dan nafsu bagai bayang bayang
Dilihat ada ditangkap hilang

Tuhan leraikanlah dunia
Yang mendiam didalam hatiku
Kerana disitu tidak kumampu
Mengumpul dua cinta
Hanya cintamu
Kuharap tumbuh
Dibajai bangkai
Dunia yang kubunuh


Lagu : The Zikr/ RaiHan
DiNyanyikan Semula oleh : ustazzairie

Saturday, October 24, 2009

SuMbeR InspiRasi, ilham dan kEpuaSan

Ni koleksi terbaru aku, The Champ's of MOTO GP.
dapat jg akhirnya... 2 tahun lepas lagi nak tapi masa tu
keinginan tak berapa kuat. Sekarang bila dah banyak koleksi lain, perasaan nak tambah koleksi tu makin kuat. hampir 2 tahun dah mula kumpul koleksi ni....
dah banyak dah, pelbagai jenis kereta dan motor.
Replika MOTO GP. Rider's Valentino Rossi, Italy
Team Fiat Yamaha No 46

Yang ni pula Replika Moto GP Rider dia Casey stoner, Australia.
Aku minat sangat budak ni. Muda dan berani.
Team Ducati
Dan yang ni Replika Moto GP rider dia ialah
Nicky Hiden, USA
Team Honda Repsol no 69
tak la minat sangat sangat. tapi orangnya smart dan bergaya

Nanti la suatu hari aku nak miliki koleksi kereta2 american style
seperti cadillac, mustang, austin, ford...
banyak sekarang keluaran maisto dan Bugaro
tapi satu2 tu harganya RM 140 hingga 220. Fuh...
mana la tahu ada rezeki lebih.
bagi aku, minat ini boleh memberikan sesuatu kepuasa pada diriku.
kadang masa boring ke. aku akan ambil salah satu daripada mereka ni, teliti satu persatu
fuh....macam berada didunianya. kena ada imaginasi la sikit. mcam kita nak lukis
sesuatu juga. Daya imaginasi mesti tinggi

Tuesday, October 13, 2009

KeNaNgaN MaSa Muda, SeKaRanG DaH Tua....

ni tag nama aku sebagai Pengarah Projek Annual Dinner Kolej aku,
Fuh....susah juga nak handle banyak sub di bawah. Tapi projek ni merupakan projek yang paling seronok yang pernah aku join sehinggakan satu mesyuarat tergempar dengan Presisen PMIUM diadakan masa tu.....Aku sebenarnya kesiannkan Abdul Saidi kalau tak terima jawatan ni.
Aku sebagai Exco Akademik Persatuan Mahasiswa Kelantan, Saat paling manis
ialah bergambar bersama ketua pengarah pendidikan Malaysia masa tu.
Datuk Dr Abdul Shukor.....
Ni pula Tag keahlian silat Harimau.....Selain dari silat harimau, aku juga memulakan karier mempertahan diri dengan mengikuti silat terlak 4, kemudian silat gayong, Silat harimau ni kat
Universiti Malaya. Pernah terfikir nak join TaeKwando tapi belum lagi.
Sekarang ni sedang mengamalkan ilmu baru( jangan salah faham, bukan ilmu hitam ni). ilmu yg boleh menghitam seseorang. Lebih kurang Sumpahan Dayang senandung la......ha...haaa, gurau
saja tu. PESANAN DARI MAJLIS AGAMA.....jgn melibatkan diri dalam ilmu Hitam

Ni pula tag nama masa kerja kat Yaohan Jalan Klang Lama,
best jg kerja kat sini, ramai kawan dan enjoy.
Dapat makan Roti Delifrance Freee.... dan dapat membuat satu penyelidikan
tentang minah rempit....
Ni tag nama Pengarah KRISK, best program ni. kami kumpulkan
adik2 dari seluruh smka di kelantan, buat program motivasi....
Fuhhh.....sampai sekarang peserta kursus ni ingat aku....satu hari di sandakan.
terjumpa satu ustazah dari SMK agama sandakan. Dia datang dekat aku....dia ckp
"rasanya macam kenal la ustaz ni.....dulu pernah jadi pengarah KRISK kan?, ye sy ckp. " saya la yang join jg program tu". Rasa terharu aku.....

Ini boardingpas pertama dalam hidupku...
maklumla sebelum ni tak pernah naik kapal terbang.
dan aku simpan sebagai kenangan posting pertama aku ke sandakan
kalau aku tak dipostingkan di sini tentu aku tak akan kenal sandakan
dan segala isi kandungan sandakan.
Dah 9 tahun lebih kat Sandakan ni
Ramai kenalan dan sahabat aku dapat
"I LOVE SANDAKAN"
ni kad masa join Gerai Konvokesyen....
Best join projek ni.
Tag nama Aku sebagai Pengarah Seminar Profesion Perguruan.
Menyediakan satu Seminar untuk para Guru. yang jadi mahalnya tu,
sijil daripada seminar ini akan dijadikan syarat sebagai penerimaan untuk melayakkan
diri masuk ke Diploma Pendidikan UM.
Kat sijil mereka yang ikuti SPP ni ada tandatangan aku....
Aku sebagai Pengerusi Majlis OPKIM,
Menjalankan khidmad Masyarakat di kampung2.
Menjadi anak angkat kpd sebuah keluarga dan
menjalankan program2 yang sesuai

Banyak lagi tag nama ni, aku simpan kat rumah mak dikampung.
Yang ni je ada dalam album aku sekarang...

Ini la cerita silamku....
aku adalah ZAIRIE

Tuesday, August 25, 2009

Nasi Ulam

Kenangan bersama Mak Dan Ayah Farizan (member sekolah ). Mereka ni suka jalan2. Hari tu pertama kali jumpa mereka datang ke Sandakan. Dari situla bermulanya sebuah keluarga.
Pada cuti bln 6 lalu. Kebetulan kami balik kelate, mereka pun ada jg jalan kat umah anak mereka di Teganu. Jadi kami ajaklah mereka ke Kelate, jale-jale cari make la pulok...
Gambar kenangan di Perkarangan Istana Lama, Gerbang Al-Quran Bandaraya Islam
Kota Bharu, Kelate Darul Naim
Tengahari tu kami bawa mereka makan di Restoran Nasi Ulam Pusat Kraftangan. Operasi dari jam 10pg hingga 4 ptg kot. Tapi yang pasti, sedap, murah dan menyelerakan.
Jangan takut makan kat sini. Anda yang tak biasa mesti terkejut dengan harga, kadang2 saya suruh kira 2 kali kerana terlalu murah. Lauk ulam ikut nak ambil, nasi letak sendiri, budu tempoyak sambal ikut suka. Ikan keli, ikan patin, ayam belah 4 hanya RM 3 hingga 5. Biasa kalau makan hidang 4 orang baru RM 20. Hari tu kami makan 10 orang dgn hanya RM 60. Bayangkan ikan keli 4 ekor, ayam 3 belah, air 3 jug, ikan panggang tawar, ikan patin gulai tempoyak lagi. Farizan masa nak bayar dalam kepalanya mesti RM 100 lebih ni?????
Ayah farizan memang berselera sangat hari tu. Banyak betul dia makan.....
Orang ramai tak putus2 menyerbu restoran ni. Sampai kita kena booking tempat duduk dulu baru dapat ambil nasi.
Anak2 kami pun makan banyak kalau datang sini. Kena dengan selera. kalau sesiapa yang sudi bertandan kerumah kami, InsyaAllah kami akan bawa ke tempat ni
Sedang menulis blog ni pun aku rasa tak tahan bau tempoyaknya..... ambo pose ni..
Restoran bawah Muzium kraftangan yang tidak berdiding amat disukai oleh mereka yang pernah datang kesini. Kalau dah datang sekali pasti akan datang lagi. Aku dapat tahu pemiliknya seorang Cikgu.....cari duit luar beb....

Sunday, August 23, 2009

Sandakan 2009

Nak tulis pasal sandakan ni dah lama. tapi tak jadi2 lak ambil gambar. Ni pun tak dirancang, sbb ambil dari atas kereta. ada yang kabur dan ada jg yang anak2 ambil, tapi boleh la sekadar untuk bercerita pasal sandakan 2009. Bukannya masih seronok kat sini, tapi dah menjadi nasib tak dapat2 lagi nak balik semenanjung. Gambar ini untuk tatapan member2 yang dah pindah. Sandakan yang korang tinggalkan dulu dah banyak berubah. Ni sebahagian saja ana ambil....
Ni dia highway baru dari Pak Tak melalui taman tinosan, melalui taman mesra terus ke BDC,
Trafic light ni ke kiri ialah taman tinosan, ke kanan ialah batu 4 Sebelah kiri ialah taman mesra yang dahulunya tak nampak....
Trafic light ke bomba sebaelah kanan
gambar diambil dari Bank Islam. Menara apa entah, baru siap 9 tingkat, aku tak pasti hotel atal pasaraya. yang pastinya beroperasi 2010.....
Ni pula gambar dibelakang GentingMas Mall. Dulu ialah pasar lama. Pasar telah dipindahkan ketepi laut, dan tapak ini digunakan bagi gedung2 membeli belah dan hotel.
Gambar dari padang Bandaraya. Masih kekal dengan bangunan lama
Kelihatan Hotel Swiss In yang betul2 berada di tepi laut. Gambar ini diambil dari jalan ke pasar baru sandakan square.
Gambar diaambil dari Perkarangan Restoran OceanKing jalan Batu Lembu
Bangunan Kompleks Membeli belah yang masih dalam binaan, diambil Dari tingkat 4 Pasar Besar Sandakan Square.
Gambar diambil Dari tingkat 2 pasar besar sandakan yang memaparkan sebahagian pasar disebelah kiri dan bangunan lama disebelah kanan
Dari Jeti Pasar Besar Sandakan, Bot2 kecil yang mengangkut penumpang2 ke Pulau2 berdekatan.
Pasar Besar Sandakan
Restoran Imperial Bayview Pasar Sandakan, yang menyajikan ikan2 dan seafood yang masih hidup....kata orang la, aku tak pernah masuk sebab ada tulis Serve No Pork...Kata2 tu yang menyebabkan aku lagi la bertambah ragu.
Gambar diambil dihadapan pintu Giant. Aku ambil signboard nye shj. aku tak dapat ambil gambar giant sebab terlalu besar.
Dari depan Giant, dah banyak kedai2 yang buka. Aku tak pernah masuk pun, mungkin ada kepentingan bagi orang lain
Hotel Tyng Garden merupakan Tang Dynasty Group. Murah dan Mewah. yang ni aku pernah masuk biliknya, kebetulan ada member datang menginap kat sini.

Monday, August 17, 2009

Program Usahawan Muda (SEDCOVEST)

Kursus Ahli Lembaga Pengarah (Program Usahawan Muda) Negeri Sabah merupakan acara tahunan yang dianjurkan oleh Perbadanan Ekonomi Sabah (SEDCOVEST) kpd seluruh sekolah yang mempunyai PUM. Kali ni, ia diadakan di Pusat Ko-Kurikulum Negeri yang bertempat di KIULU, TAMPARULI. Perjalanan kira2 48 km dari bandaraya Kota Kinabalu.
Disertai oleh 200 orang Ahli Lembaga pengarah yang diwakili oleh 5 ahli bagi setiap sekolah dan seorang guru pengiring.

Program ini dijalankan dalam bentuk Perkhemahan
Pusat ini mempunyai kelengapan bagi menjalankan aktiviti lasak

Dalam suasana kampung yang (Suci Dalam Debu)
Sungai yang bersih dan Tidak dinodai

Suasana pagi yang menyamankan...
Dikelilingi oleh Gunung-ganang dan bukit bukau
Sesuai untuk bersantai dan aktiviti berkayak
Menara Aktiviti lasak
Kelengkapan yang disediakan untuk aktiviti
Selamat Datang bagi yang belum datang....
Datang dulu baru rasa seronok....