Friday, July 17, 2009

D90

Minat terhadap kamera memang dah lama. Dari bangku sekolah lagi. Tapi masa tu keluarga susah. kamera hanya pinjam dengan kawan2 je kalau nak ambil Gambar. Kamera pertama dimiliki aku masa di UM. Aku beli minolta RM 168, guna hampir 4 tahun dan rosak flash. Aku beli Lagi Canon 4 MP. Masa tu Harga RM699. Guna hampir 2 tahun rosak screen. Tapi puas hati guna. memang selalu dibawa kemana2. Lepas tu beli HandyCam soni. RM2200. guna buat aktiviti sekolah, orang kahwin dan macam2. Sempat balik modal. guna 4 tahun dan rosak head.
Tahun 2008 aku beli lagi sony DHC 07 RM 1899. Sekarng masih ok. Tapi kepuasan masih belum terasa. Tapi pulangannya dah berbaloi juga.....Dan sekarang aku beli lagi satu kamera....... NIKON D90. RM 4688 + extra Batery RM 299 + Bag RM 200 + SanDisk 8gb RM 280



Sandisk xTream card, 8 GB boleh store 1000 gambar lebih dalam satu masa. Itu pun kalau kita guna gambar maxima size 12.3 MP. Kalau guna size 8 MP lagi la banyak. Kad besar ni boleh juga ambil video lebih kurang sejam jika kita pakai resolusi Full HD. Memang puas hati. Lagi pun kad ni laju......



Kamera ni agak berat dari yang susah2. Tapi kualiti gambar jangan di tanya lagi. bunyi kerdipan matanya pun dan menggoda hati. sebelum ni aku tak pernah sentuh NIKON. Mula2 aku try sony alpha 200, macam biasa je. Tapi bila try nikon....fulamak....Hati dah mula tergoda. ta,bahan pula Isteriku memang setuju sangat beli kamera ni. Dia pula yang lebih2. Cuma Flash belu lagi di beli. Belum ada budget, Kira2 dalam RM1800 tu pun dan ok la tu. Pendek kata. Dalam satu beg tu bernilai RM 10 K juga kalau lengkap aksesory nya. Pelan-pelan la.






Bodynya sahaja RM 3050



Banyak lagi aku kena belajar. Sekarang dok berjinak dengan member juru foto kat sandakan ni. Kamera mereka jangan cakap la.... Tapi gambar memang puas hati.....





Keistimewaan NIKON ialah gambar indoornya tidak pecah Pixelnya.... Sony kalau outdoor cantik. Tapi kalau indoor, alamak....geram betul rasanya.


Lens yang ada pada Kitnya ialah VR 18 -105mm. Ok juga la. Tapi kalau nak improve lagi kena cari lain la. ada yang wide lense, dan macam2 la. Dalam seribu lebih semuanya. Kalau nak zoom jauh kena belila yang 70-300mm dala RM 2700.

Yang syoknya kamera ni boleh manual atau auto. kalau autonya dekat2 sangat kita zoom memang tak dapat detect. Terpaksa kita pakai manual. tapi syok juga manual ni....




yang ini la lens 300 mm.....best juga kalau yang ni. Boleh ambil candid. Tapi mahal la...



yang kat bawah ni pakai 50mm. Cantik juga. Kalau kat Malaysia n9i gambar kahwin diorang pakai yang ni je....

Sunday, July 12, 2009

BAKSO !!!!

Bakso ori......

Gara-gara ingin merasai bakso ori.... kami telah menyuruh pelajar2 kelas kami masak untuk jamuan bagi beberapa guru dan pelajar....tempatnya bukan restoran, tapi di rumah pelajar yang terletak di kampung air sim2...seronok juga bersiar2 sambil makan dan beramah mesra dengan penduduk d cni. Tidak di sangka juga....Rumah atas air, tapi macam kat atas tanah pula binaannya. Siap simen dan batu marmar lagi tu...

Rumah ni berada di tepi sekali... Lot 27. Maknanya di jambatan ni ialah kedudukannya yang ke 27. Hujung sekali. Kalau petang2 atau malam......syoknya dok kat sini. Memancing ke...
Suasana yang meriah walau pertama kali berjumpa

Budak-budak ni lepas balik tu tanya " Abah ...bila lagi kita nak pergi sana???"

Pemandangan yang indah...Kat belakang tu PULAU BERHALA... yang dipenuhi dengan bot2 barter Filiphine....

Sudah menjadi kebiasaan anak2 dan penduduk di sini meniti jambatan....
Kami berjalan bukan main perlahan lagi. Takut juga ada lubang kat sini...
Kenangan yang agak manis....Nanti Hari raya ni kami datang lagiiii..