Fuh....susah juga nak handle banyak sub di bawah. Tapi projek ni merupakan projek yang paling seronok yang pernah aku join sehinggakan satu mesyuarat tergempar dengan Presisen PMIUM diadakan masa tu.....Aku sebenarnya kesiannkan Abdul Saidi kalau tak terima jawatan ni.

Aku sebagai Exco Akademik Persatuan Mahasiswa Kelantan, Saat paling manis
ialah bergambar bersama ketua pengarah pendidikan Malaysia masa tu.
Datuk Dr Abdul Shukor.....

Ni pula Tag keahlian silat Harimau.....Selain dari silat harimau, aku juga memulakan karier mempertahan diri dengan mengikuti silat terlak 4, kemudian silat gayong, Silat harimau ni kat
Universiti Malaya. Pernah terfikir nak join TaeKwando tapi belum lagi.
Sekarang ni sedang mengamalkan ilmu baru( jangan salah faham, bukan ilmu hitam ni). ilmu yg boleh menghitam seseorang. Lebih kurang Sumpahan Dayang senandung la......ha...haaa, gurau
saja tu. PESANAN DARI MAJLIS AGAMA.....jgn melibatkan diri dalam ilmu Hitam

Ni pula tag nama masa kerja kat Yaohan Jalan Klang Lama,
best jg kerja kat sini, ramai kawan dan enjoy.
Dapat makan Roti Delifrance Freee.... dan dapat membuat satu penyelidikan
tentang minah rempit....

Ni tag nama Pengarah KRISK, best program ni. kami kumpulkan
adik2 dari seluruh smka di kelantan, buat program motivasi....
Fuhhh.....sampai sekarang peserta kursus ni ingat aku....satu hari di sandakan.
terjumpa satu ustazah dari SMK agama sandakan. Dia datang dekat aku....dia ckp
"rasanya macam kenal la ustaz ni.....dulu pernah jadi pengarah KRISK kan?, ye sy ckp. " saya la yang join jg program tu". Rasa terharu aku.....

Ini boardingpas pertama dalam hidupku...
maklumla sebelum ni tak pernah naik kapal terbang.
dan aku simpan sebagai kenangan posting pertama aku ke sandakan
kalau aku tak dipostingkan di sini tentu aku tak akan kenal sandakan
dan segala isi kandungan sandakan.
Dah 9 tahun lebih kat Sandakan ni
Ramai kenalan dan sahabat aku dapat
"I LOVE SANDAKAN"

ni kad masa join Gerai Konvokesyen....
Best join projek ni.

Tag nama Aku sebagai Pengarah Seminar Profesion Perguruan.
Menyediakan satu Seminar untuk para Guru. yang jadi mahalnya tu,
sijil daripada seminar ini akan dijadikan syarat sebagai penerimaan untuk melayakkan
diri masuk ke Diploma Pendidikan UM.
Kat sijil mereka yang ikuti SPP ni ada tandatangan aku....

Aku sebagai Pengerusi Majlis OPKIM,
Menjalankan khidmad Masyarakat di kampung2.
Menjadi anak angkat kpd sebuah keluarga dan
menjalankan program2 yang sesuai
Banyak lagi tag nama ni, aku simpan kat rumah mak dikampung.
Yang ni je ada dalam album aku sekarang...
Ini la cerita silamku....
aku adalah ZAIRIE