Wednesday, December 31, 2008

Taman Tamadun Islam

Taman Tamadun Islam
Satu taman atau satu pembaziran ? anda fikirlah sendiri.
Cantik tu....emmm memang cantik. mcm berada d timur tengah. tapi berjuta-juta ringgit dihabiskan
untuk taman ini, sedangkan keadaan Negeri berada pada tangga kedua kemiskinan sebelum Sabah.

Masjid Kristal, Masuk Percuma... Nak masuk ke monumen lai kena bayar RM 10 Dewasa dan RM 5 kanak2

Bahagian dalam masjid kristal

Kudus Minar, Indonesia dibina pada 1549

Masjid Pattani, Thailand. Dibina pada 1954
Masjid Sultan Omar Ali Saifuddin, Brunei Darulsalam, dibina pada 1958
Masjid Negara Malaysia, dibina pada 1965
Masjid Xian, China dibina pada 1392 oleh Laksamana Cheng Ho pada zaman dinasti Tang
Kubbah As-Sakhrah, Jerusalem dibina pada 692 Masihi dibawah naungan Khalifah Umayyah
Abdul Malik Bin Marwan

Bahagian Dalamnya yang keemasan memperlihatkan batu suci diatas gunung Moriah
yang mempringati Perjalanan Isra' dan mi'raj Rasulullah
Taj Mahal, Agra India....yang dibina Maharaja Shah Jahan sebagai lambang cintab sejati
kepada isterinya Mumtaz Mahal
Semoga Cinta Taj Mahal terlekat pada hati kami sekeluarga....
Badshani Mosque, Lahore Pakistan yang dibina pada Zaman Aurangzeb tahun 1673 m
yang boleh memuatkan 65000 jemaah
Masjid Syeikh Lutfallah, Iran yang dibina pada abad ke-17
Abu Nasr Pasra, Afghanistan yang dibina pada abad ke-17
Masjid Nabawi, Madina Al-Munawwarah
Great Mosque of Qairawan, Tunisia. Dibina pada 670 M
Masjid Suleyman, Turkey yang dibina pada 1557.
Mosque of Mohamed Ali, Egypt
Aleppo Citadel, Syria yang dibina pada abad ke-10 M diatas sebuah bukit di Syria.
kota ini membuktikan kecanggihan teknologi ummat Islam pada masa tersebut

Friday, December 19, 2008

TanJuNg Aru Bersama MakCu







Sunday, November 23, 2008

Selamat Hari Lahir HaIqal Dan Balqis

Secara kebetulan, tarikh Lahir anakku yang sulong MUHAMMAD HAIQAL AIMAN
dan BALQIS anak adikku hafizi adalah sama iaitu pada 22.11
Jadi kami suami isteri beli la kek untuk diaorang ni. Bukan ape, budak2 ni nak juga diingati
tarikh lahir mereka, bagi hadiah baru la ada semangat sikit.

lagi pun budak-budak ni kalau tak kerana birhday pun selalu juga minta beli kek...

Sekadar bergambar je....

Aku dan dua putera kesayangan dan harapan...

PG dan Balqis