Friday, August 7, 2009

Aku Dan Kamera

Kamera pertama aku....Minolta RM 168 yang dibeli pada 1996. aku pakai selama 4 tahun.
Kamera kedua ialah canon auto Fokus 76mm...(dibawah) Yang ni RM 400, Cantik gambarnya. Sekarang masih elok. Tapi simpan saja sebab pakai filem.....sudah tidak relevan zaman sekarang.

Kamera yang ketiga ialah Handycam sony DLR 455 RM 2300 yang dibeli pada 2003. Aku pakai selama 4 tahun. Sekarang rosak dan boleh digunakan sebagai web cam dan video recording shj. Tapi dah balik modal doh. Jual CD sukan, perkhemahan dan kahwin. Kamera yang keEmpat pul a ialah sony digital 4.1 MP, aku beli pada 2005 RM 699. Sekarang masih ok....banyak kenangan yang direkodkan. Ada lagi dengan adik aku.....
Kamera yang ke Lima ialah Sony DCR H7 (dibawah)....RM 1799. Ok kamera ni...Beli januari 2008. Banyak juga dapat hasil dari kamera ni. Sebab Still imagenya canti dan dapat Movie capture juga. Cuma kepuasan belum lagi terasa yang menyebabkan aku masih mencari sesuatu yang baru.
Kamera ni ada 2 bateri dan remote control...memang senang digunakan.
Zoomnya ialah 78mm dengan 15x optikal zoom, 8.1 MP Full HD

Kelemahannya ialah indoor tak berapa puas hati. Kalau outdoor cantik juga. Kerana tak puas dengan ketikan jari indoor, aku dan isteriku cuba mengalih perhatian kepada jenama photoghraper profesional iaitu NIKON
Mula-mula nak beli D60 je sebagai permulaan dengan harga RM2388, tapi setelah dibandingkan dengan D90...terlalu jauh bezanya dari segi funtion dan hasil gambar. Jadi Kami pun belilah NIKON D90 dengan kit permulaannya sahaja.
Setelah sebulan bersama D90, aku rasa mahu mencuba lens 300mm seperti yang diidamkan dulu. aku kemudiannya beli lens 70mm-300mm macro autumatic. Tapi aku beli yang biasa je (made in china)RM 899. Kalau yang Made in Japan harganya RM 2899. tapi gambarnya puas hati juga....Yang paling puas guna Macro. Terlalu halus gambarnya.
Aku Dan D90
Sekarang ni, aku dah habis RM 6000 dengan accesoriesnya....
Tak pe la. Hati puas dan tak rasa menyesal sikitpun.

Lens asal ialah VR 18mm-105mm, anti gegar RM 1050
Flash pun aku dah beli. Tapi yang series 600 je. bagi 105mm.
terang la sikit daripada yang ada pada kamera tu. Harganya RM 749. Inilah cerita pasal Aku Dan kamera . Masing2 orang ada hobby dan minat. Ada orang sanggup beli batang pancing sampai RM 3000, Ada jg orang sanggup handphone sampai RM 3500. ada juga yang sanggup habiskan Rm 15000 tukar enjin kereta. Bagi mereka, hanya mereka yang tahu. Kalau dah tak minat tu, orang akan cakap...membazir saja. Yang penting hati puas dan Tahu cara guna dan manfaatkan barang tersebut. Sekian.....

1 comment:

bayu pagi said...

Pitih banyak boleh pakai kamera mahal... kita pakai kamera poket jah huhuhu...