Siri Takirah Ustazzairie : Perilaku Makan Rasulullah s.a.w
Hadith 1 :
Kaab Bin malik r.a berkata, “ Rasulullah s.a.w menjilat jarinya 3 kali (selepas makan).”
Sahih Muslim, hadith 2035, sunan Tirmidhi, hadith 1802.
Ulasan :
Adalah amalan mulia Rasulullah s.a.w makan dengan 3 jari sahaja walaupun ada riwayat menyebut Baginda makan dengan 5 jari. Dalam kebanyakan Hadith 3 jari : disebut ibu jari, jari syahadah dan jari tengah. Kebaikan memakan 3 jari ialah supaya suapanya kecil dan seseorang ityu tidak makan terlalu banyak.
Hadith 2 :
Abu Juhaifah r.a berkata, “ Rasulullah s.a.w bersabda, Aku tidak makan sambil bersandar. “
Sahih Bukhari, Bab Makanan, Sunan Tirmidhi, Bab Makanan, Hadith 1831, Sunan Abu Daud, Hadith 3799, inu Majah, Bab Makanan, Hadith 3262.
Ulasan :
Makan bersandar adalah dilarang dalam hadith. Akan tetapi dalam hadith yang lain, Dari Anas Bin malik, Beliau pernah melihat Rasulullah s.a.w makan sambil bersandar kerana terlalu lapar. Maka boleh lah bersandar jika terlalu lapar atau letih.
By ustazzairie : 27 julai 2010/ 15 syaaban 1431 H
No comments:
Post a Comment