Kota Bharu, Kelate Darul Naim
Tengahari tu kami bawa mereka makan di Restoran Nasi Ulam Pusat Kraftangan. Operasi dari jam 10pg hingga 4 ptg kot. Tapi yang pasti, sedap, murah dan menyelerakan.
Jangan takut makan kat sini. Anda yang tak biasa mesti terkejut dengan harga, kadang2 saya suruh kira 2 kali kerana terlalu murah. Lauk ulam ikut nak ambil, nasi letak sendiri, budu tempoyak sambal ikut suka. Ikan keli, ikan patin, ayam belah 4 hanya RM 3 hingga 5. Biasa kalau makan hidang 4 orang baru RM 20. Hari tu kami makan 10 orang dgn hanya RM 60. Bayangkan ikan keli 4 ekor, ayam 3 belah, air 3 jug, ikan panggang tawar, ikan patin gulai tempoyak lagi. Farizan masa nak bayar dalam kepalanya mesti RM 100 lebih ni?????
Ayah farizan memang berselera sangat hari tu. Banyak betul dia makan.....
Orang ramai tak putus2 menyerbu restoran ni. Sampai kita kena booking tempat duduk dulu baru dapat ambil nasi.
1 comment:
kalau kt p kelantan nnti,bw lah kt dtg cni mkn ek..
Post a Comment