Tuesday, September 30, 2008

Aku Dan Kereta

Minat ana terhadap kereta sejak bangku sekolah lagi. Dulu dok lukis je atas kertas lukisan. Macam-macam kete. Kete sports dan klasik. Maklumlah dulu keluarga kami tak mampu nak pakai kete. Ayah kami pakai motosikal je. kalau pergi tanah merah atau mana2 tu, hujan habis la...sekarang ana banyak bersyukur kerana nasib sudah berubah.
Kat bawah ni kete mazda 800. Ana beli tahun 2005 dengan harga RM 1500. Ana berkenan sangat kete ni sebab body dia lain dari yang lain. Nak jumpa satu pun susah sekarang. Ana rasa di pantai timur saja mungkin ada 3 @ 4 buah saja yang boleh dipakai. Yang lain dah tenggelam dalam tanah. Kete ni belum siap lagi. Perancangan ana terbatas sebab ana kat Sabah, Kete kat semenanjung. Ana punya planing nak cat merah dunhill dan pakai rim 16 crom. amacam ? tunggu.....kalau dah tengok gitu...orang dah tak pandang yang lain dah.


Ini dia deretan kete ana kat kampung. Kat depan tu Volkswagen yang ana beli pada tahun yang sama iaitu 2005. Kedua2 kete ni dikilangkan pada 1964 dan 1966.


Kat bawah ni ialah depan Istana kraftangan kelantan. Kami jalan-jalan masa cuti sekolah

Ni pula semasa kami pergi dungun. Saja jalan2 rumah kawan. Ok juga kete ni. Satu malaysia pun boleh pergi. Dulu kete ni adik ana pakai kat PUTRAJAYA selama 3 bulan. Satu hari ada seorang kontraktor kejar sampai rumah minta nak beli kete ni.....

Ana tak tahu nak cakap. Minat terhadap kete lama ni bukan ada pada semua orang. Mungkin benda tu ada dalam hati segelintir manusia yang unik. Ana terlalu kagum bila melihat body dan bentuk kete2 lama seperti kete kura ni. Cute bentuknya yang sukar dilupakan. Lihat saja pun ana dah rasa terpegun. Kalau dah pandu....Tuhan saja yang tahu...Seronok dan bangga. Kenapa bangga. Kalau bawa je pi bandar atau pantai ke...masyaAllah, mata2 orang yang berada kat tepi2 jalan asyik dok tengok kita je.... Kete ni pun ana tak habis lagi nak buat. Nak cat lain rasanya. Pilihan ana ialah Titanium Silver dan sportrim 17 inci. Bahagian dalam pula nak balut leather. Banyak lagi tu habis tapi jangan cakap kepuasan yang tak terhingga.

Cuba tengok dari pandangan atas. Cute kan ? dan ketahanannya mengatasi kereta yang ada sekarang. Sekarang umur kete ni dan 44 tahun. Dah macam pak cik ana dah tu....
Minat ana terhadap kereta klasik bukan setakat tu je. Setiap kali balik kampung hujung tahun ana sentiasa ke pameran-pameran kereta. Kat bawah tu kete mini....cantik kete ni. Ana tanya hari tu katanya kereta seorang Dato' dari terengganu... Kete mini jenis ni tak banyak ada di Malaysia. Hari tu ada orang nak jual RM 17 ribu kat dungun. Ana pergi tengok...memang betul. Tapi tak la secantik ni. Mungkin kena korbankan RM 20 ribu lagi untuk jadi begini. Kalau dah minat tu apa saja orang akan buat....


to be continue.....

No comments: