Tuesday, September 16, 2008

Iftar Di Pasar Sim-Sim 16 september 2008

Bakar ketam, udang, sotong, ikan kerapu, ikan Blais dan ikan putih je.....
Warga kerja ustazzairie.com berbuka puasa bersama peminat
Naaa...tu dia cikgu Farizan, ketua Geng Makan SMK Muhibbah. Dia yang ajak kami makan kat sini ptg ni. apa lagi, kami kumpul ahli di serata tempat dan join sekali.
Waktu ni la yang tak tahan ni. Sungguh harum bau ketam2 ni.
Kami sempat bertukar-tukar idea dan sembang pasal itu dan ini, orang kata ape-ape je.....
Berbuka puasa ramai-ramai ni memang seronok, apatah lagi jauh daripada keluarga. Ini ajelah kawan-kawan yang ada. kat sini kena happy dan selalu buat aktiviti. Yang paling penting ada makanan.....
Ni dia pasar ikan bakar SIM-SIM. Macam-macam ikan ada kat sini. Selain tu ada juga gerai sup dan kuih muih tradisional Bugis. Macam Tapai, Brongkol dan Buras.... Kalau korang memang dah tinggal di Sabah pasti tahu kuih-kuih ni. Biasa makan la tu. Ini ajela cerita ustaz malam ni. dah pukul 11.30 malam, letih rasanya. Baru siap packing barang. Esok nak pos barang ke 4 lokasi berlainan. Ada juga la rezeki bulan Ramadhan ni. Boleh buat beli baju raya bebuda ni memandangkan gaji pun tak cukup makan, hutang sana sini, barang mahal dan kos hidup meningkat. Ustaz pun mulakan bisnes begini walaupun penat, tapi demi untuk menambah sikit lagi pendapatan.


No comments: