Saturday, September 20, 2008

Buka Puasa 20 Ramadhan




Majlis berbuka puasa kali ni diadakan diRumah ustazzairie. Minggu lepas kat rumah Cikgu Husairi. Kami tidak mempunyai masalah dalam penyediaan makanan kerana kami telah membahgikan tugas memasak dengan menu masing2. Satu family satu menu. Bila dah kumpulkan semua makanan ni....ha, baru tahu betapa banyaknya juadah kat sini. Semalam kita ada Rendang daging dan lemang leh chef Farizan & shida, Ayam Golek ala Vietnam oleh Chef Husairi, Nasi himpit dan Kuah Satey oleh Chef Tha Merah, Roti Khurasan oleh Chef Elham, Laksam oleh Chef Zaidah & Zairie dan puding buah-buahan oleh Chef Liza. Juadah kali ni macam raya daaaaa.....

Itu dia Chef Elham bersama air kelapa pandan dara. Macam mana ? lega rasanya.... tapi sakit urat la sikit kalau minum terlampau banyak air kelapa ni.....
Meriah dan suasana ceria dapat diwujudkan kalau berbuka ramai2 begini. kalau kat rumah sendiri tak lah berapa seronok. Pertama juadahnya tak berapa banyak dihasilkan dan yang kedua tak lalu.... sebab tak ada orang lalu....he..hee
Bayangkan....Lepas solat maghrib kami sambung lagi makan....tak sempat nak jamu selera semua juadah....tapi terawikh juga semalam.... jangan marah. Semalam cuaca baik. Ana tengok kat langit pun cerah, Banyak bintang....Makan2 begini tidak menghalang kami daripada melakukan ibadah walaupun terawikh kat rumah.

yang tudung pink tu Chef Tha Merah...mungkin sedang berfikir kot
"apa lagi menu aku nak buat lepas ni ?"

Tu yang baju merah tu shida....penulis nampak makin hari makin besar la...

Yang tudung biru tu pulak chef zaidah...isteri pertama ana la tu...



Ni dia ayam panggang ala vietnam chef Husairi. Memang menyelerakan dari tengkuk sampai ke buntut. Semuanya kena sapu oleh kami semua


tu dia laksam, rendang daging, kuah satey, roti khurasan, lemang dan ayam panggang....sebahagian lagi menu kat meja bawah. Sekian laporan dari ustazzairie.com

No comments: