Tuesday, September 23, 2008

Kursus Jati Diri Pengawas (SEPILOK LAUT)

Pada 8, 9 dan 10 ogos yang lalu, penulis bersama 12 orang guru lain telah menjadi fasilitator kepada 30 orang pengawas bagi Kursus Jati Diri Pengawas 2008. Kursus kali ni di adakan di Sepilok Laut Discovery Centre. Lokasi ini terletak kira-kira 5.5 km dari sepilok darat (jungle tracking) dan kira2 12 km dari jeti perhutanan di tanah merah. Kami telah memilih jalan laut iaitu dengan menaiki bot yang berenjin 350 hp yang mengambil masa 30 minit untuk sampai ke destinasi


Semua penumpang dibekalkan dengan jaket keselamatan memandangkan perjalanan yang merentasi laut dalam


Suasana yang begitu meriah dan menyeronokkan semasa menaiki bot


kat bawah tu.....cikgu elham siap dengan bantal lagi....


Inilah pinti masuk ke SLDC yang begitu nyaman dan sunyi daripada kesibukan kota. Memang best kalau bercuti kat sini. Tiada talian telefon dan tiada gangguan luar....yang ada gangguan dalam sahaja. (siapa yang pernah pergi tahu la tu....tempat ni agak keras sikit). Tapi kita tidak takut, kita takutkan Allah sahaja.


gambar bawah....penulis bersama isteri berada di jeti SLDC


Belum lagi sampai tapak perkhemahan, kat bawah tu cikgu2 sedang menaiki bot kecil untuk ketempat perkhemahan kira2 5 minit dari pintu masuk.


Dalam perjalanan tersebut, kami telah menyusuri paya bakau dan pokok niri yang tidak ternilai harganya. Satu batang pokok dianggarkan boleh mencecah RM 3 juta


Ni dia kat tapak perkhemahan. Sedang dok urus aktiviti pelajar, kami buat aktiviti kami juga. memancing kat parit di sana. Banyak ikan. Budak2 ni pun seronok kat sana. Kalau sesiapa yang tak pernah dapat ikan, datang je pancing kat sini. Mesti dapat punya....tapi ikan pari takde la. ikan puyu je.

kat bawah ni pula dewan besar....ni kat coridor dewan. Tinggi dewan ni....kita bagi budak2 makan kat sini....









No comments: